PERSATUAN PENDUDUK APARTMEN TERATAI (PPAT)

UTAMA | BLOG | TENTANG KAMI | SUMBANGAN | HUBUNGI KAMI | TAZKIRAH | RAHSIA BULAN KELAHIRAN | MEDIA MASA | PERKHIDMATAN | PENCAPAIAN

"Anda Pelawat Ke"

[GUESTBOOK]

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

"SEGALANYA BERMULA DISINI"

Perasmian Pejabat Persatuan
Perasmian Pejabat

AHLAN WASAHLAN
AHLAN WASAHLAN

Klik Ruangan sembang-sembang

uzba.jpg
Ust. Zulkifli Abu (Pengerusi)

Assallamualaikum dan Salam Sejahtera...


Selamat datang ke "Laman Web Persatuan Penduduk Apartmen Teratai". Didalam laman ini anda akan mendapat pelbagai maklumat penting berkenaan aktiviti-aktiviti Persatuan dan beberapa pautan yang akan dipapar dan dikemaskini dari masa kesemasa.

 
Terima kasih kerana sudi melayari laman ini. Teruskan!

MISI PERSATUAN
 
"Ikhlas Bakti Kebaikan Abadi"
 

  

TUJUAN PERSATUAN
 
1. Merapatkan perhubungan dikalangan penduduk-penduduk kawasan Apartmen Teratai khasnya amnya Taman Bunga Raya Bukit Beruntung.

2. Menjaga keharmonian, kerukunan dan keamanan masyarakat setempat.

3. Berhubung dengan pihak-pihak berkuasa mengenai hal-hal yang berkaitan seperti penyelengaraan kawasan, kebersihan, keselamatan dan kebajikan masyarakat penduduk Apartmen Teratai.
                              
 
 
 

Blue Hovering UFO
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

 
INFORMASI 
 
PPAT telah diluluskan pada 18hb Ogos 2004 dan majlis penerimaan sijil telah diadakan pada 26hb September 2004 bertempat di Dewan Musytari, Residence Hotel (UNITEN)
 
Setakat ini PPAT sedang melancarkan ROAD SHOW untuk mencari ahli.

KEAHLIAN

Terbuka kepada semua penduduk Apartmen Teratai yang berwarganegara Malaysia berumur 18tahun tidak kira samada penyewa atau pemilik KECUALI seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti yang terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Censelor Universiti yang berkenaan.
 
CARA-CARA MENJADI AHLI

Permohonan hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahi persatuan dengan mengisi borang keahlian yang disediakan khas kerananya. Permohonan hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agong untuk disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Umum. Jawatankuasa Umum boleh menolak sebarang permohonan dengan tidak perlu memberi apa-apa alasan.

Yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan.

Permohonan yang telah diluluskan hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian dikenakan dan dibayar kepada Bendahari dalam masa 14 hari dari awal tiap-tiap bulan.

PELBAGAI

Maklumat lanjut mengenai persatuan, borang permohonan keahlian serta permohonan boleh didapati seperti butiran berikut :-

SETIAUSAHA AGONG
Persatuan Penduduk Apartmen Teratai (PPAT)
A-1-K8, Apartmen Teratai, Jalan Bunga Raya 3,
Taman Bunga Raya,
48300 Rawang Selangor D.E

Tel : 014 230 1335, Email : zkifli@yahoo.com

 © 2004-2013 Hakcipta Terpelihara - Jga Engineering Services
 
Last update : 07hb. April 2013